Artikel

Semangat Merdeka Melalui Komik-M

oleh Roziyah pada 27 Aug 2010

Komik-M sekali lagi menjalankan tangungjawabnya sebagai rakyat Malaysia dengan menghasilkan komik khas sempena hari kemerdekaan yang bakal menemui kita beberapa hari sahaja lagi.

Menurut editor komik-M, Tuan Zul Fadhli, sesuai dengan mood merdeka, Komik-M tampil dengan buku-buku komik yang sesuai bagi menyuntik semangat kemerdekaan dalam diri rakyat Malaysia.

"Hal ini menunjukkan yang pelukis komik juga tidak ketinggalan memberi sumbangan kepada negara dan mengikut perkembangan semasa," jelas Tuan Zul Fadhli lagi.

Komik-M tampil dengan komik Pendekar Melayu Terakhir yang menceritakan zaman penjajahan Jepun dahulu.

Selain itu Komik-M lahir dengan buku Aku dan Kau Malaysia juga menampilkan kompilasi 10 cerita dari pelukis yang terdiri daripada berbilang kaum.

Aku dan Kau Malaysia memberi pandangan tentang Malaysia dari pemikiran pelukis komik di Malaysia.

"Bagi setiap pengakhiran cerita juga terdapat temubual bersama dengan penulis berkaitan dengan kemerdekaan," jelas beliau lagi.

Bagi Tuan Zul Fadhli, pelukis komik juga memainkan peranan penting dalam menyerapkan semangat kenegaraan kepada pembacanya yang rata-ratanya terdiri daripada golongan muda.

Melalui komik merdeka yang diterbitkan, penulis memberikan pandangan terhadap situasi negara melalui dunia komik.

Dapatkan komik-komik sempena merdeka di kedai-kedai berhampiran tuan dan puan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025