Artikel

Seperti Menjamah Popcorn dan Merasa Cili: Acah-Acah #Deep

oleh Nor Fatin Amira pada 02 Mar 2016

Sekarang ini semua orang boleh jadi penulis buku. Bukan setakat blogger atau penulis terkenal yang mengeluarkan banyak buku. Tak percaya? Tengoklah vlogger terkenal tanah air Matluthfi pun boleh buat buku.

Tapi ini bukan tentang Matluthfi, ini cerita tentang Shazreen Fazlynda, antara vlogger yang boleh tahan terkenal juga. Kali ini penulis yang membahasakan dirinya sebagai Lyn berkongsi kisah perjalanan hidupnya bersama dengan penerbit Puteh Press.

Secara jujurnnya, aku dah berjaya khatam bukunya yang bertajuk Acah-acah #Deep. Tengok pada tajuk buku tu aku dah fikir apa yang #deep sangat kan dalam buku ni.

Apa yang aku tengok dalam buku Acah-acah #Deep ini, Lyn banyak bercerita pasal kehidupan dia.

Cerita pasal pengalaman macam mana dia boleh berhijrah, pelajaran dia, kisah cinta dia dan banyak lagilah.

Ada juga memori-memori masa dia kecil yang boleh aku katakan lawak.

Pada pendapat aku buku ini tak memerlukan aku untuk memerah otak untuk faham apa yang nak disampaikan.

Gaya penceritaan dia santai dengan ada loghat utagha campur dengan bahasa Mat Salleh.Tak mengantuklah baca buku ini, ditambah pula banyak gambar.

Jadi bahagian mana yang dikatakan #deep sangat tu?

Aku bagi contoh satu petikan dalam buku ini, “sebab tu munculnya perumpamaan the less is more, atau Silent is golden. Lagi kita kurang bercakap, lagi tinggi orang hormatkan kita dan nak dengar pendapat kita daripada bercakap macam tin kosong.”

Macam itulah katanya. Ada rasa deep tak? Itu baru acah-acah je. Kalau rasa tak cukup #deep lagi kenalah baca habis buku ini.

Buku ini pun ada selit juga dalil-dalil al-Quran sebagai nasihat dengan kisah-kisah asam garam dalam kehidupan.

Jadi pada aku bolehlah kita muhasabah sambil-sambil bersantai baca ceritanya.

Semua golongan boleh baca buku ini dari remaja sampai ke dewasa, InsyaAllah akan dapat sesuatu.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024