Artikel

Seronoknya Cuti@PTS Hiasi Cuti Sekolah

oleh Roziyah pada 26 Sep 2011

Sempena cuti sekolah yang akan datang, PTS membawakan kempen Seronoknya Cuti@PTS bagi memeriahkan lagi cuti sekolah kali ini.

Melalui Seronoknya Cuti@PTS, PTS membawakan pelbagai aktiviti dan peraduan menarik serta hadiah menarik kepada pembaca setia PTS.

Bermula Oktober ini, pelbagai kempen diadakan termasuklah kempen Like facebook PTS One dan Facebook Komik-M. Melalui kempen ini, peminat facebook PTS berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah istimewa yang disediakan.

Selain itu, PTS juga membawakan pertandingan video Seronoknya Cuti@PTS. Paling mengujakan, kempen 'Bongkar dan Menang' membawakan hadiah besar yang boleh dimenangi pembaca facebook PTS.

Layari www.suka.pts.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut peraduan yang bermula Oktober ini.

Nantikan penguguman peraduan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa khas buat pembaca setia PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025