Artikel
Trilogi Sherlock Holmes Bertukar Wajah
oleh Roziyah pada 26 Sep 2011
Siri penyiasatan terkenal, Sherlock Holmes kini kembali dengan wajah baru.
Siri Sherlock Holmes yang pernah diterbitkan oleh PTS kembali dengan wajah baru yang lebih menarik. Tiga novel perunding penyiasatan lagenda ini juga dikompilasikan menjadi dalam sebuah buku dengan tawaran harga yang lebih menarik.
Sherlock Holmes menggabungkan pengetahuan sains dan logik dan penyiasatan dalam menyelesaikan jenayah yang berlaku.
Siri penyiasatan lagenda edisi bahasa Melayu ini yang diterbitkan sejak tahun 2008 masih mendapat perhatian pembaca dan sering diulang cetak.
Kompilasi Sherlock Holmes yang digabungkan dalam satu buku ini adalah hadiah kepada peminat siri penyiasatan sempena program Seronoknya Cuti yang diadakan khas sempena cuti sekolah ini.
Melalui Trilogi Sherlock Holmes juga, pembaca berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan sempena kempen Seronoknya Cuti@ PTS.
Layari www.suka.pts.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Nantikan peraduan dengan hadiah menarik yang bermula Oktober ini.