Artikel

Seronoknya Membaca Kisah Teladan Daripada Al-Quran!

oleh Zikri Musa pada 05 Dec 2012

Ayuh kita ikuti kisah teladan melalui cerita daripada al-Quran. Tapi, bagaimana nak dapatkan cerita-cerita ini? Jangan risau, kali ini Seronoknya Cuti! memperkenalkan beberapa siri cerita pendek untuk kawan-kawan semua.

Antara siri yang menarik dalam Seronoknya cuti! ialah Siri Haiwan Teladan Daripada Al Quran: Keldai Yang Cerdik, Burung–Burung Bertasbih, Ratu Semut dan Tentera Sulaiman, Ikan Nun yang Taat, Jasa Burung Hudhud, dan Merpati Ajaib. Setiap siri ini juga mengandungi cerita-cerita berbeza.

Koleksi buku ini mempunyai himpunan pelbagai kisah haiwan seperti yang disebut dalam al-Quran. Kisah-kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kawan-kawan dan lebih mengenali kisah lampau kaum-kaum yang terdahulu.

Siri ini juga menggunakan pendekatan berbeza kerana cerita-cerita yang disampaikan menggunakan bahasa mudah dan ilustrasi menarik. Pasti kawan-kawan akan lebih pandai apabila membaca siri ini.

Jadi ayuh kawan-kawan, mari kita dapatkan Siri Haiwan Teladan daripada Al Quran semasa cuti sekolah ini. Kawan-kawan juga boleh layari www.bookcafe.com.my bagi pembelian secara online.

Mari kita meriahkan cuti kawan-kawan dengan mengisi masa dengan membaca buku terbaik PTS. Jangan lupa juga mengambil gambar bagi menyertai zoom@PTS dan menangi hadiah-hadiah menarik. Hanya layari suka.pts.com.my!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024