Artikel

‘Membaca Setinggi Awan’ bakal cipta Rekod Tersendiri

oleh [email protected] pada 26 Nov 2012

Kemeriahan semakin terasa. Keterujaan semakin meningkat. Fiesta Seronoknya Cuti bakal membuka tirai hanya 3 hari lagi. Persiapan semakin rancak, pastinya ramai yang tidak sabar untuk hadir ke Fiesta Seronoknya Cuti yang bermula 30 November ini.

Bagi menyokong kempen galakan membaca, PTS Media Group dengan kerjasama mahasiswa Penerbitan, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM dan Menara Kuala Lumpur, bakal mencipta rekod tersendiri dengan menganjurkan buat pertama kalinya di Asia Tenggara iaitu ‘Membaca Setinggi Awan’.

Program yang dinamakan ‘Membaca Setinggi Awan’ merupakan program yang diinspirasikan oleh Y. Bhg. Dato’ Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, NAIB CANSELOR, UiTM. Program ini adalah merupakan program yang dianjurkan buat julung kalinya dan merupakan penganjur pertama yang mengadakan bacaan beramai-ramai di menara komunikasi tertinggi di Asia Tenggara.

Membaca Setinggi Awan akan melibatkan peserta seramai 500 orang yang akan membaca pada ketinggian 288 meter dari aras bumi. Program santai ini akan mengambil masa selama dua jam dan dalam tempoh itu, semua peserta akan menghabiskan masa dengan membaca buku yang dibawa ataupun yang disediakan sambil melihat panorama yang sangat menakjubkan.

Ayuh, kita beramai-ramai mencipta sejarah menjadi salah seorang daripadanya. Dengan bayaran tiket semurah RM10 sahaja berbanding tiket ke pelantar pemerhati berharga RM29.00, ia merupakan peluang keemasan buat kita semua.

Ingat janji temu kita 30 November ini. Jumpa kami di sana! Layari http://suka.pts.com.my/index.php/zoom/baca_awan bagi maklumat lanjut.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024