Artikel
Sertai Seminar Sehari Kesusteraan Kanak-Kanak & Remaja 2011
oleh Roziyah pada 05 Oct 2011
Khalayak pembaca kanak-kanak dan remaja di negara ini sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, namun jumlah bahan bacaan yang bermutu bagi kelompok tersebut masih belum mencukupi.
Sempena Festival Buku Kanak-Kanak 2011 ini, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia dan Perbadanan Kota Buku mengadakan Seminar Sehari Kesusteraan Kanak-Kanak dan Remaja 2011.
Seminar kesusteraan ini diadakan bagi memberi galakan dan perangsang kepada masyarakat supaya dapat bersama membangunkan dan memartabatkan kesusteraan kanak-kanak dan remaja di negara ini.
Seminar yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Majlis Buku Kanak-Kanak & Remaja Malaysia serta Perpustakaan Kuala Lumpur ini juga bagi menyemarakkan kesusteraan Melayu selain menyuburkan lagi kesusteraan Melayu supaya dapat terus hidup dan bertahan dalam arus globalisasi ini.
Tuan dan puan yang berminat menyertai seminar yang diadakan pada 1 November 2011 ini boleh terus berhubung dengan Tuan Mior Muhd di talian 0133315272 atau emailkan ke [email protected].