Artikel
Berhibur Sambil Menang Hadiah Bersama Buku PTS One dan Komik-M
oleh Roziyah pada 05 Oct 2011
Kemeriahan cuti sekolah semakin dirasai. Bagi menambah keterujaan cuti sekolah, kali ini PTS membawakan peraduan Bongkar dan Menang bersama PTS.
Peminat buku PTS hanya perlu melayari laman web suka.pts.com.my bagi mendaftar dan menyertai peraduan mudah ini.
Melalui peraduan ini, anda berpeluang memenangi iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch, MP3 Player serta banyak lagi hadiah menarik.
Tuan dan puan hanya perlu membeli buku-buku terpilih yang mempunyai logo bongkar kod rahsia di kulit hadapan buku. Kemudian layari laman web suka.ptc.com.my dan dapatkan maklumat buku-buku terpilih bagi peraduan bongkar kod dan menang ini. Hanya dengan membeli buku-buku terpilih peraduan bongkar kod dan menang ini, tuan dan puan berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang disediakan oleh PTS.
Para peserta perlu menyertai 8 pusingan dalam mana-mana 12 pusingan peraduan bagi melayakkan diri memenangi hadiah utama yang ditawarkan PTS. Pemenang dalam peraduan ini akan ditentukan melalui kepantasan.
Layari suka.pts.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut buku-buku terpilih bagi program ini serta cara merebut hadiah menarik yang ditawarkan oleh PTS.