Sesi Autograf Bersama Nazry Salam Hujung Minggu Ini

oleh Asri Yussof pada 21 Dec 2017

twitter_post-01

GOMBAK: Penulis komik popular, Nazry Salam yang sudah menghasilkan 28 buah karya akan bertemu peminat pada 23 Disember 2017 ini.

Acara Sesi Autograf yang dirancang itu akan berlangsung di Kedai Buku Pustaka Rakyat @ Sri Gombak. Dianjurkan oleh penerbit Komik-M dengan kerjasama PTS Media Group.

Sesi Autograf Nazry Salam

Nazry Salam popular dengan karya-karya yang menjadi ‘bestseller’ antaranya Misi 4 Flat, Misi 10 A Finale, dan Misi PT3. Beliau berkolaborasi bersama adiknya, Afiq Salam yang bertanggungjawab di bahagian melukis.

Lihat senarai penuh karya Nazry Salam di sini.

Selain karya-karya lain yang sudah diterbitkan, kali ini beliau akan mempromosikan tiga karya terbarunya bersama tim misi iaitu Misi Solat 5 Waktu, Misi PLKN: Konspirasi dan Misi Terbang Tinggi.

Anda boleh dapatkan komik-komik yang dihasilkan oleh Nazry Salam dan komik-komik lain dari Komik-M di acara itu nanti, di Kedai Buku Pustaka Rakyat @ Sri Gombak. Jumpa anda di sana.

Tonton temuramah beliau bersama Bophairy Vlog di sini.