Artikel

Siapa Pemain Video Gamer Tegar Harus Baca Mr Gamer VS Miss H

oleh `Ismah Maisarah AMY pada 28 Apr 2016

Robo Rider X2, Clash of Crowns, Spy Senior 3? Kepada penggemar permainan video pasti mengenali nama-nama tersebut.    

PTS Media Group kini menampilkan sebuah lagi karya Penulis Tunas Super yang bertajuk Mr Gamer VS Miss H.

Novel fiksyen ini dikarang oleh Muhammad Azim Hakimi Mohd Mazdi yang baru berumur 12 tahun.

Novel ini adalah karya kedua beliau selepas novel pertamanya Misi Magika.

Amat membanggakan, pada usia muda, beliau mampu menghasilkan karya yang mengagumkan.

Malah, ia menarik minat ramai pembaca-pembaca cilik.

Novel Mr Gamer VS Miss H mengisahkan tentang Harris Hafizul, seorang pelajar lelaki yang berumur 14 tahun.

Dia mempunyai kemahiran menggodam permainan video.

Pada masa yang sama, Harris gemar bermain permainan video atas talian bersama kawan baiknya Feng.

Mereka gemar mengisi masa lapang bersama selain beriadah di taman.

Namun, kehadiran Zack, pelajar baru di sekolah itu tidak menyenangkan Harris. Selepas Harris mula bergaul dengan Zack, mereka sudah menjadi kawan dan berkongsi minat yang sama,

iaitu gemar bermain permainan video. Pada suatu malam, Harris amat terkejut dengan kehadiran Bobo si robot manusia di biliknya dalam keadaan yang amat lemah.

Harris dengan rasa simpati membenarkan Bobo untuk tinggal di rumahnya tanpa pengetahuan ibu bapa Harris.

Kemahiran yang dimiliki oleh Harris menarik minat Miss H supaya dapat membantu menjayakan misi jahatnya.

Miss H seorang yang tegas dan mahu apa yang diinginkan tercapai.

Demi memastikan segala yang dirancangnya berjaya, Hadi sebagai pembantu sentiasa menurut perintah Miss H.

Pada suatu hari, Hadi diberi tugas bagi menculik Harris.

Adakah Hadi berjaya menculik Harris?

Berjayakah Miss H dengan rancangan jahatnya bagi menguasai media sosial?

Mengapakah Bobo si robot manusia muncul di bilik Harris secara tiba-tiba?

Perjalanan cerita yang mencabar, menarik, dan mengujakan. Novel ini penuh dengan elemen nilai murni yang boleh diterapkan oleh pembaca.

Penulis ini mengetengahkan sikap semangat persahabatan, setia kawan, tolong-menolong, dan bekerjasama.

Tambahan pula, turut menerapkan keakraban hubungan kekeluargaan serta memberi pengajaran tentang bahayanya penyalahgunaan media sosial.

Sebagai pembaca buku ini, penulis bijak menggabungkan elemen pengajaran dalam siri novel ini sesuai dengan pembaca cilik.

Dapatkan novel terhebat ini bagi mengetahui kisah selanjutnya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024