Artikel

Siaran Radio Berbahasa Inggeris Turut Bicara Buku PTS

oleh Roziyah pada 04 Aug 2011

Buku-buku terbitan PTS kini mula mendapat tempat dalam rancangan televisyen dan radio tempatan yang membawakan buku bersama penulis PTS bagi dibicarakan dalam segmen tertentu.

Buku terbitan PTS kini bukan sahaja mendapat tempat dalam siaran radio berbahasa Melayu malahan juga siaran radio berbahasa Inggeris.

Terbaru, PTS Millenia membawakan penulis buku 10 Tokoh Idola Muslimah dan 3I: Islam, Iman dan Ihsan bagi membicarakan buku motivasi ini.

Penulisnya, Puan Sakinah Salleh dijemput bagi membicarakan buku beliau di TRAXXfm pada 5 Ogos ini bermula dari jam 11.15 pagi.

Dengarkan siaran langsung rancangan bicara buku dalam TRAXXfm esok bersama penulis dan pakar motivasi, Puan Sakinah Salleh.

Tuan dan puan yang berada di sekitar Lembah Klang juga boleh mendapatkan rancangan TRAXXfm di frekuensi 100.1 dan 90.3.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024