Artikel

Siri Big Book Khusus untuk Guru Tadika dan Pra-sekolah

oleh Roziyah pada 28 Oct 2010

Penulis siri ini, Puan Alia Nina, adalah pakar bidang pendidikan kanak-kanak peringkat pra-sekolah. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan sedang menyiapkan penyelidikannya bagi mendapatkan Ph.D beliau.

Siri buku besar (big book) ini adalah untuk guru-guru, bukan untuk kanak-kanak.

Buku besar digunakan oleh guru-guru prasekolah sebagai alat bantu bagi mendorong kanak-kanak supaya menyukai buku dan menyukai sesi belajar membaca.

Guru yang memegang buku big book, manakala kanak-kanak duduk mendengar guru membacakan buku itu bagi mereka.

Meskipun teks dalam buku ini kelihatan mudah, tetapi banyak ilmu kepakaran dalam bidang psikologi, pedagogi dan metodologi yang digunakan bagi menghasilkan teks dalam buku kategori ini.

Pelukis ilustrasi siri ini adalah Puan Emila Yusof.

Buku untuk kanak-kanak memerlukan ilustrasi yang khusus. Lukisan yang cantik pada mata kanak-kanak prasekolah amat berbezaa daripada ciri lukisan yang cantik pada mata orang dewasa.

Nota: Puan Alia Nina dan Puan Emila Yusof berkongsi harta intelek 50-50.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024