Artikel

Stormreaders: Pemasaran Buku Baru Bercorak Rangkaian

oleh Roziyah pada 28 Oct 2010

Kini tuan dan puan boleh menjana ilmu pengetahuan disamping menambah pendapatan melalui rangkaian jualan Stormreaders.

Lebih menarik apabila Stormreaders network yang membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan kini menjadi pembekal buku-buku terbitan PTS.

“Stormreaders network merupakan online bisnes yang menggunakan kaedah system affiliate dan pemasaran bertingkat (MLM). Istimewanya, corak MLM yang digunapakai oleh Stormreaders network adalah berteraskan Syariah (Syariah Compliant). Dua tokoh agama yang dilantik oleh Syarikat sebagai Penasihat Syariah adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed,” jelas pengurus besar Stormreaders Network, tuan Syah Rizal Mohamed ketika dihubungi wakil PTS.

Menurut Tuan Syah Rizal, pembeli juga mampu menjana pendapatan apabila menjadi ahli dengan stormreaders ini.

“Apabila menjadi ahli stormreaders ini, pembeli mampu membeli buku-buku dengan diskaun yang hebat untuk semua jenis buku. Melalui diskaun yang diberikan, pembeli dapat menjual buku-buku kepada rakan-rakan yang lain,” jelas beliau lagi.

Stormreaders ini membuka dimensi baru dalam perniagaan jualan buku yang menjana keuntungan disamping menyebarkan ilmu kepada semua masyarakat.

Dapatkan buku-buku terbitan PTS di Stormreaders . Maklumat lanjut mengenai Stormreaders ini boleh terus layari http://www.stormreaders.my/.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024