Artikel
Siri Impiana Diangkat jadi Drama Televisyen
oleh Roziyah pada 01 Nov 2010
Novel remaja bersiri, IMPIANA hasil tulisan penulis buku remaja tersohor PTS, Puan AinMaisarah kini melangkah lebih jauh apabila akan diangkat menjadi drama televisyen.
Menurut pengurus AinMaisarah, Tuan Syaizul Amal yang dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA), beliau kini sedang meneliti skrip yang telah disiapkan agar kualiti penerbitan drama tersebut dijaga. Pihak produksi juga sudah bersedia dan hanya menunggu persetujuan daripada pihak pengurusan AinMaisarah sendiri.
Kenyataan Tuan Syaizul yang dipetik daripada Universiti Terbuka PTS berkata kualiti drama sangat kritikal. Sekiranya kualiti drama yang akan dihasilkan ini bagus, penonton pasti yakin novel-novel tulisan AinMaisarah juga berkualiti. Hal ini akan meningkatkan jualan buku tulisan AinMaisarah.
Sebelum ini, pihak AinMaisarah pernah menerima proposal daripada 3 buah syarikat produksi yang ingin menjadikan siri IMPIANA sebagai drama televisyen namun ditolak.