Artikel

Siri Mukjizat Para Nabi : Nabi Isa a.s , Nabi Ayub a.s. dan Nabi Nuh a.s.

oleh Nor Adilah Riduan pada 23 May 2013

Siri Mukjizat Para Nabi terbitan PTS Pop menghimpunkan pelbagai kisah menarik tentang mukjizat para nabi. Selain daripada tema cerita yang kuat dan menarik, buku ini juga dilengkapi dengan suku kata, kosa kata bahasa Arab dan Inggeris, serta tulisan jawi.

Setiap kisah dipersembahkan dengan gaya bahasa yang mudah serta ilustrasi-ilustrasi menarik yang dapat membantu kefahaman para pembaca.

Terdapat tiga judul dalam siri ini, iaitu Nabi Ayub a.s.: Air Menjadi Ubat, Nabi Isa a.s.: Mencipa Burung, dan Nabi Nuh a.s.: Kapal yang Istimewa. Setiap satu siri mengandungi empat kisah para nabi dan mukjizat masing-masing.

Kisah nabi yang dimuatkan dalam buku Nabi Ayub a.s.: Air Menjadi Ubat adalah Nabi Hud a.s.: Doa yang Dimakbulkan, Nabi Ibrahim a.s.: Menyelamatkan Siti Sarah, dan Nabi Idris a.s.: Melawat Kiamat.

Berkat kesabaran dan ketabahan para nabi, Allah mengurniakan kepada mereka mukjizat bagi membuktikan kebesaran Allah s.w.t. kepada kaum masing-masing. Setiap kisah mempunyai pengajaran yang dapat dijadikan iktibar.

Semoga para pembaca dapat mencontohi akhlak 12 para nabi ini memandangkan dunia sekarang disogokkan dengan watak ‘superhero-superhero’ buatan manusia.

Anda boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024