Artikel

Strategi Menjadi Penulis Berjaya Dipasaran

oleh Helmi pada 23 Feb 2005

Strategi 1: Bina kumpulan peminat karya-karya saudara.

a. Peminat adalah pembeli setia semua karya saudara.

b. Peminat berfungsi meningkatkan penjualan karya saudara dengan memperkenalkan dan mempengaruhi kenalan mereka supaya membaca karya-karya saudara.

Strategi 2: Promosi diri dan karya saudara dalam media.

a. Berkenalan dengan wartawan dan editor media massa.

b. Editor akhbar dan majalah dapat menyiarkan ulasan karya-karya saudara dan menulis artikel berkenaan diri saudara sebagai personaliti.

c. Penerbit rancangan TV dan radio dapat mengundang saudara muncul sebagai tetamu dalam rancangan mereka.

d. Berkawan dengan penulis artikel akhbar dan majalah. Mereka dapat menjadi saudara bahan artikel mereka.

Strategi 3: Galakkan dan bantu penerbit saudara mempromosi diri dan karya saudara.

a. Penerbit saudara dapat menganjurkan berbagai aktiviti promosi yang menghendaki saudara muncul di khalayak tetapi saudara jangan menyusahkan usaha penerbit dengan mengemukakan pelbagai syarat.

b. Fikirkan idea promosi dan kemukakan kepada penerbit saudara.

Strategi 4: Terbitkan semua karya saudara dengan satu penerbit sahaja.

a. Pilih penerbit yang mempunyai kekuatan memasarkan jenis karya anda. Tiap-tiap penerbit mempunyai kekuatan masing-masing.

b. Jangan serahkan karya anda kepada banyak penerbit, masing-masing tidak akan melabur bagi mempromosi buku anda.

Strategi 5: Fokuskan karya anda.

a. Menulis dalam satu bidang sahaja, umpamanya menulis novel-novel cinta untuk bacaan gadis remaja sahaja.

b. Bagi tiga tahun pertama, setiap tahun terbitkan sekurang-kurangnya dua buah buku.

Strategi 6: Bina hubungan baik dengan penerbit.

a. Penerbit saudara adalah rakan niaga saudara. Tingkah laku yang menyusahkan penerbit tidak menaikkan semangat penerbit mempromosi karya saudara.

b. Komuniti penerbit yang kredible di Malaysia amat kecil dan mereka bersahabat sesama mereka. Maklumat positif dan negatif tentang peribadi pengarang mereka kongsi bersama.

c. Jaga hati editor saudara sebagaimana saudara menjaga hati orang yang penting dalam hidup saudara.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024