Artikel

Super Hero Komik-M Menggegar Dunia Komik

oleh Zikri Musa pada 26 Dec 2012

Siapakah super hero yang dimaksudkan? Siapa lagi kalau bukan wira bola sepak kita Safee Sali dan hero kegemaran ramai, Ultra Qalif.

Bagi siri Super Safee, Komik-M menceritakan semula memori Safee dalam 3 judul siri komik dengan grafik yang menarik. Pelbagai kisah lucu, drama, dan bermacam-macam lagi yang diambil daripada sudut kehidupan sebenar Safee sejak kecil hingga berjaya menjadi bintang bola sepak negara. Perjalanan hidup Safee sangat menarik kerana sifatnya yang tidak mudah berputus asa. Komik ini mengajar kita supaya berusaha dengan lebih keras untuk mencapai cita-cita.

Kecil dan lincah, itulah super hero kita Ultra Qalif. Siapa Qalif? Qalif, 16 tahun, remaja yang bersemangat tinggi, anak yang taat pada ibu bapa dan perintah Allah. Qalif seorang yang lemah tubuh badan kerana semasa kecil, Qalif selalu dijangkiti penyakit.

Dengan izin Allah, Qalif mendapat kuasa daripada Kuara yang membolehkan dia membantu orang ramai. Tetapi, pelbagai konflik timbul dari saat pertama beliau mendapatkan topeng sehingga berlaku sesuatu antara Qalif dan kawan baiknya, Jebat.

Apakah cabaran yang akan dihadapi Qalif setelah menerima kuasa ini? Apa yang akan terjadi kepada kawan-kawan dan keluarga beliau? Apakah yang bakal terjadi kepada gadis yang Qalif minati? Apakah hikmah disebalik pemberian ini?

Jadi kawan-kawan, apa ditunggu lagi? Dapatkan siri Super Safee terbaru SS10: Semangat Harimau Malaya yang kini berada di pasaran. Selain itu, Ultra Qalif #4, Kuasa Baru juga sudahpun berada di pasaran. Apa lagi? Inilah masanya untuk menambah koleksi kawan-kawan. Jom kita isi masa lapang sempena cuti ini dengan keluaran terbaru!

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024