Selamat Kembali Ke Sekolah. Majukan Diri 2013

oleh [email protected] pada 01 Jan 2013

fa_a3_super_studi

Selamat kembali ke sekolah! Pastinya ada yang teruja kerana dapat bertemu kawan-kawan kita semua. Kami di PTS mahu beri tip terbaik untuk kawan-kawan teruja dan suka untuk memulakan persekolahan 2013 ini. Tip yang sangat mudah iaitu hanya dapat komik-M Super Studi!

Super Study Komik-M kali ini menampilkan dua siri yang memang sedang laku keras di pasaran iaitu siri Misi dan Dear Yayah. Siri Misi, hasil karya kreatif adik-beradik Nazry dan Afiq tampil dengan Misi 8A, Misi 10A dan Misi 10A+. Manakala Farihah Iskandar dengan kerjasama kreatif Ard One tampil dengan Siri Komik-M Dear Yayah 1 hingga 4.

Kenapa Super Studi ya? Ia digelar Super Studi kerana latar belakang siri komik yang berdasarkan kehidupan di asrama dan sekolah. Jadi, apabila kita beramai-ramai berkumpul di asrama dan di sekolah, pelbagai ragam dan pengalaman dapat kita kongsi. Betul tak?

Bagi siri Super Study Misi, komik-M ini menampilkan bagaimana Aizad dan Zahid menempuh dugaan dan cabaran menghadapi peperiksaan PMR dan SPM. Aizad mempunyai tabiat malas belajar dan selalu mendapat markah peperiksaan yang rendah. Tetapi semuanya berubah apabila ibunya menarik kemewahan yang Aizad miliki. Pada masa yang sama, Aizad berkenalan dengan Zahid, pelajar pintar di sekolah. Perkenalan mereka pada permulaan tidak begitu mesra. Lama-kelamaan ia berubah.

Edisi Komik-M Dear Yayah pula menampilkan Jihan yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran tingkatan satu di sekolah berasrama. Pada mulanya, Jihan tidak bersemangat kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga. Namun, perasaan itu berubah sebaik sahaja Jihan berkenalan dengan rakan-rakan baru. Di sinilah permulaan Jihan dan rakan-rakan menempuhi pengalaman menarik sebagai pelajar sekolah berasrama.

Kawan-kawan semakin teruja? Siri Super Studi ini sangat menarik bukan? Rugi sekiranya kita tidak mendapatkan komik ini dengan segera. Aksi-aksi nakal Aizad dan Zahid dalam komik Misi pasti membuatkan kawan-kawan tersenyum seorang diri. Jihan dan Suria dalam Dear Yayah juga tidak boleh dipandang rendah.

Jadi apa ditunggu lagi kawan-kawan semua? Ayuh kita dapatkan siri Super Studi bagi membuatkan kita teruja ke sekolah nanti.