Artikel

Pemain Jersi 10: Super Safee

oleh Chayu Afifi Noordin pada 18 Jan 2016

Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tidak sedar, siri komik SS10 ini sudah sampai ke jilid yang ke-10. Ben, nama besar yang tidak asing lagi dalam arena komik tempatan.

Beliau mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi artis komik pertama di dunia yang dua kali dinobatkan sebagai pemenang International Manga Award anjuran Japan Foundation.

Dengan terhasilnya SS10 ini bertambah lagi karya dari Ben Wong yang akan membuatkan kita terhibur melihat lukisan yang kemas oleh Ben Wong dan juga jalan cerita yang menarik serta diberi sentuhan elemen tempatan.

Kebetulan nombor 10 adalah nombor yang boleh dianggap keramat dalam sukan bola sepak. Boleh dikatakan, ia adalah nombor idaman para pemain dalam sukan nombor satu dunia ini.

Bintang-bintang bola sepak tersohor di seluruh dunia kebanyakannya menyarung jersi dengan nombor ini Begitu juga seperti Safee watak utama dalam cerita SS10 ini yang menyarung jersi nombor 10 ini.

Perlawanan Rasmi Kelab Bola Sepak Sekolah diawalkan tiga minggu. Muslihat Stanley yang mahu melihat Kelab Bola sepak yang diketuai oleh Kim kalah.

Stanley mahu bertindak sebelum pasukan Kim betul-betul bersedia.Safee dan Fizi yang melihat notis pemberitahuan itu terkejut.

Akan tetapi mereka tetap fokus untuk mengekalkan momentum antara peperiksaan akhir dan juga Perlawanan Rasmi Kelab Bola Sepak Sekolah. Bagi mereka mental mestilah kuat untuk mengatasi perkara ini.

“Anda tidak boleh menewaskan orang yang tidak tahu erti putus asa”. Inilah kata-kata azimat buat diri Safee dan rakan sepasukannya.

Meskipun dikecam, disakiti, berputus asa tidak sama sekali.Kudrat dan keringat  perlu digembleng selagi masih ada saat berbaki. Menariknya, semua pendapatan daripada komik ini akan didermakan kepada pusat kebajikan.

Sambil membeli, anda juga dapat menderma kepada mereka yang memerlukan.

Semoga anda terhibur membaca komik ini

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024