Artikel

Gelak Guling-Guling: Lawak Budak Sekolah-Kuasa Tiga

oleh Chayu Afifi Noordin pada 15 Jan 2016

Berita baik buat peminat-peminat komik bersiri daripada Komik-M di luar sana khususnya yang setia mengikuti perkembangan kartunis bernama Poyo.

Kini dengan siri terbaru, Poyo menampilkan kembali Dunia Kartun: Lawak Budak Sekolah- Kuasa Tiga.

Kali ini kartunis Poyo menjadikan komik ini lebih berkuasa untuk membuat para pembaca komik gelak terbahak-bahak tidak kering gusi.

Yang menarik mengenai komik Lawak Budak Sekolah- Kuasa Tiga kali ini membawakan lebih lawak daripada Ahmad Saiful bersama rakan-rakannya.

Setiap daripada watak-watak dalam komik ini makin kelakar, bijak, dan nakal setiap tingkah lakunya.

Ada saja, masalah yang akan dicipta oleh Ahmad Saiful dan rakan-rakannya yang menyebabkan kita geli hati.

Anda pasti tidak akan kecewa membaca setiap lawak yang dihasilkan oleh kartunis Poyo ini.

Lihat saja pada muka kulit komik ini yang menunjukkan riak muka berdasarkan watak yang mereka bawa antaranya nakal, ceria, dan juga bengis oleh Encik Penjenayah.

Kulit buku saja sudah menarik, inikan pula keseluruhan cerita lawak dalam komik ini.

Bukan itu saja, terkadang dalam lawak yang buat kita tidak kering gusi, terdapat juga nasihat yang diselitkan secara sedar ataupun tidak.

Komik ini bukan komik kosong yang membuat anda gelak sahaja akan tetapi ada juga pelajaran dapat diperolehi daripada kisah nakal Ahmad Saiful dan rakan-rakannya.

Sudahkah anda bersedia untuk ketawa berdekah-dekah sehingga tidak mampu dikawal?

Bersiap sedia dari segi mental dan emosi anda sebelum membuka kandungan komik ini kerana virus-virus ketawa akan disebarkan di saat para pembaca membelek muka surat pertama sehingga ke penghujung buku.

Ikutilah pelbagai kisah lawak Ahmad Saiful, Abu Jimi, Ah Moi dan rakan-rakannya di sekolah mereka.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024