Artikel

Tanggapan Ibu Bapa Terhadap Komik Perlu Diubah

oleh Sarra Leya pada 16 Aug 2016

Percaya atau tidak Komik MISI sudah menjadi satu fenomena di kalangan remaja terutamanya para pelajar sekolah.Misi 10 A adalah sebuah komik sambungan daripada Misi 8A.

Bagi mereka yang pernah membaca Misi 8 A pastinya ternanti-nanti sambungan kisahnya.

Misi 10 A ini mengisahkan bagaimana Zahid menghadapi banyak cabaran dan dugaan di sekolah baru.Yang lebih dahsyat ia memberi kesan kepada prestasi pembelajaran Zahid dan sekaligus boleh menyebabkan biasiswa yang diterima oleh Zahid ditarik balik.

Namun Aizad, selaku sahabat banyak membantu dalam misi Zahid mengekalkan prestasi dan memastikan Zahid tetap layak menerima biasiswa.Di dalam mendapatkan 10 A ini Zahid telah melalui banyak pengalaman yang akhirnya menjelaskan hala tujunya.

Zahid akhirnya menemui rentak dan kaedah yang sesuai denganya dalam usaha dia memastikan misi 10 A yang diimpikan menjadi kenyataan.Dalam proses itu ,Zahid menemui sesuatu yang tidak terduga oleh dirinya sendiri.Pengalaman yang mematangkan!

Secara peribadi,saya sangat menyarankan komik ini dibaca oleh seluruh pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah.Teknik penggunaan komik di dalam usaha meningkatkan motivasi pelajar sangat relevan dewasa ini.

Segala nasihat dan ilmu yang ingin disampaikan oleh penulis dan pelukis jelas di dalam komik ini. Terus terang saya katakan komik Misi adalah salah satu anjakan dalam dunia komik negara.

Ia bukan hanya sekadar komik untuk hiburan dan lawak jenaka tetapi padat dengan nasihat,teladan dan ilmu.

Semoga akan lahir lebih banyak karya-karya komik yang bermutu daripada anak tempatan Malaysia.

Dengan lahirnya komik seperti Misi ini diharapkan tanggapan ibu bapa terhadap komik ini akan berubah.

Komik bukan lagi medium untuk hiburan semata tetapi bakal menjadi satu instrumen yang berkesan dalam pendidikan negara.

Saya sangat berharap para pembaca dapat mengutip segala manfaat daripada pembacaan komik Misi 10 A ini.Pelbagai nasihat tersirat dan tersurat ada di dalamnya.

Baca, Komik Misi 10A di sini

Beli Komik Secara Mudah, Jimat dan Selamat di Bookcafe.com.my

Bagi yang belum mendapatkan komik dari siri Misi ini jangan lepaskan peluang untuk memilikinya. Saya jamin pelaburan anda tidak sia-sia.Insyallah,

Anda pasti akan temui kelainan pada komik Misi ini. Ia tidak sama seperti komik-komik yang pernah anda baca sebelum ini.

Beli, baca dan nilai sendiri sama ada apa yang saya katakan benar atau tidak.

HIDUP BIAR BERMISI!!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024