Artikel

Tawaran Harian Bookcafe : Buku PTS Pada Harga Istimewa Setiap Hari

oleh Roziyah pada 21 Oct 2011

Kedai buku online PTS iaitu Bookcafe.com.my membawakan Tawaran Harian Bookcafe yang membolehkan pelanggan mendapatkan buku-buku terbaik terbitan PTS pada harga yang sangat istimewa setiap hari.

Tawaran ini akan berlansung seperti berikut:

Tawaran harian : Buku PTS pada harga yang sangat istimewa (diskaun 25%-35%), satu buku setiap hari

Tempoh berlansung : Pada setiap hari pada jam 12:00 tengah hari - 3:00 petang (hari Isnin - Jumaat)

Cara pengumuman dibuat : Di Facebook PTS (www.facebook.com/bukupts) pada jam 12:00 tengah hari

Halaman membuat pembelian : http://www.bookcafe.com.my/en/promosi/tawaran-harian/

Pelanggan yang berminat untuk merebut peluang dan menikmati diskaun istimewa bagi buku idaman sempena tawaran harian ini disarankan untuk peka dengan pengumuman yang akan dibuat di Facebook PTS pada setiap hari.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024