Artikel

Seminar Penerbitan dedah Terjemahan dan Penerbitan Buku di Malaysia

oleh Roziyah pada 20 Oct 2011

Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya menganjurkan Seminar Dunia Penerbitan di Malaysia.

Seminar yang akan disampaikan oleh Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia dan juga penasihat PTS, Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan ini akan mendedahkan matlamat dan cabaran terjemahan buku dalam industri penerbitan di Malaysia, keadaan semasa dunia terjemahan buku di Malaysia, peranan dan cabaran penterjemah serta perspektif dan masalah dalam penterjemahan buku di Malaysia.

Tuan dan puan dijemput hadir ke Auditorium, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya pada 25 Oktober ini bermula jam 9 pagi.

Sebarang pertanyaan, dimohon terus menghubungi Tuan Aizam Ab. Rahman di talian 010-8449600 atau Siti Nuur Ailmi Ahmad di talian 013-3020751.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024