Artikel

Tawaran Menarik Sabtu@PTS Bookcafe

oleh Roziyah pada 04 Mar 2011

Bookcafe Sdb Bhd mengadakan Sabtu@PTS pada 5 Mac ini bermula dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang.

Melalui Sabtu@PTS kali ini, Bookcafe menawarkan buku-buku menarik dengan diskaun hebat khas buat peminat-peminat buku terbitan PTS.

Bookcafe kali ini menawarkan diskaun 35 peratus bagi buku-buku terpilih. Antara buku pilihan yang pastinya mengujakan tuan dan puan termasuklah 7 Formulas of Excellent Individuals (Hard Cover) oleh Dr. Danial Zainal Abidin edisi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, Ghaib ke Kemboja, Harta Harun, Dunia Baru Yazmin dan banyak buku-buku menarik.

Selain itu, Bookcafe juga menawarkan diskaun 25 peratus bagi semua buku kanak-kanak dan remaja sempena cuti sekolah ini.

Selain itu, sempena hari wanita pada bulan ini, PTS Bookcafe juga menawarkan diskaun 25 peratus bagi buku-buku cinta dan sayang yang menarik khas buat pembaca.

Jangan ketinggalan memeriahkan Sabtu@PTS pada 5 Mac ini bertempat di PTS Bookcafe Sdn. Bhd, Tingkat 1, No. 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor. Klik sini bagi melihat peta ke PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024