Artikel

Temui PTS di PBKKL Esok

oleh Roziyah pada 21 Dec 2010

Temui warga kerja PTS serta penulis-penulis PTS di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur (PBKKL) 2010 yang diadakan di PWTC bermula esok.

Pesta yang diadakan di PWTC itu bermula dari 22 Disember hingga 26 Disember 2010. Booth PTS terletak di A49-A55 & A69-A72 di Dewan Tun Razak 3, PWTC.

Peminat-peminat buku terbitan PTS dijemput memeriahkan pesta buku yang julung-julung kali diadakan ini.

Warga kerja PTS menyediakan pelbagai aktiviti menarik khas buat peminat-peminat buku PTS yang selama ini menyokong penuh usaha PTS.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti Kuiz Bersama Penulis Teen, Perkenalkan Siri PELIT dan Sesi Bercerita Tentang Buku, Jqsaw Puzzle, dan banyak lagi.

Selain itu, pengunjung dapat beramah mesra dan bertemu dengan penulis kesayangan mereka antaranya Puan Ain Maisarah, Tuan Abdul Latip Talip, Chef Hanieliza, Tuan Bahruddin Bekri dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan pelukis Komik-M turut turun padang bagi memeriahkan aktiviti bersama pengunjung yang hadir. Komik-M turut mengadakan aktiviti Melukis Komik Cara Moden kepada kanak-kanak yang berminat dalam lukisan komik.

Banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan oleh warga PTS kepada semua pengunjung yang hadir. Jangan ketinggalan singgah dan menikmati keseronokan berada di booth PTS pada PBKKL ini.

Lebih menarik apabila PTS menawarkan diskaun hebat bagi semua buku-buku keluaran PTS.

PBKKL 2010 diadakan pada 22 hingga 26 Disember ini di PWTC. PTS bersedia menanti pengunjung-pengunjung yang hadir di di booth A49-A54 & A72 di PWTC.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025