Artikel
Pemenang Minggu Kesebelas Peraduan Teka Judul Buku PTS
oleh Roziyah pada 21 Dec 2010
Pihak penganjur Peraduan Teka Buku PTS berbesar hati mengumumkan pemenang hadiah minggu kesebelas peraduan Teka Judul Buku PTS.
Berikut merupakan nama pemenang bagi hadiah minggu kesebelas Peraduan Teka Judul Buku PTS.
Hadiah tempat pertama : ROKIAH ALI (821129-11-xxxx) memenangi iPod Touch.
Hadiah tempat kedua : NORHAYATI ALI (720719-10-xxxx) memenangi Kamera Digital Kodak.
Hadiah tempat ketiga : ANWAR ALI (670624-11-xxxx) memenangi Nokia 2730.
Penganjur juga memilih 50 hadiah saguhati yang membawa pulang buku-buku PTS bernilai RM 25. Tuan dan puan boleh klik di sini bagi melihat senarai pemanang saguhati Peraduan Teka Judul Buku PTS.
Semua pemenang akan dihubungi melalui telefon. Semua pemenang juga dikehendaki menghantar kad peraduan SMS dan resit pembelian buku sebagai bukti pembelian ke
Jabatan Pemasaran,
PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor.
Kad peraduan sms dan resit pembelian ini akan dikembalikan bersama hadiah yang telah dimenangi.
Pemenang hadiah Peraduan Teka Judul Buku PTS yang ingin mendapatkan terus hadiah dialu-alukan datang sendiri ke pejabat utama PTS bagi mengambil hadiah yang dimenangi.
PTS mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Nantikan pemenang seterusnya bagi minggu-minggu yang berikutnya. yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.