Artikel

Terjemahan Punya Potensi Besar

oleh Roziyah pada 23 Jun 2010

Bidang penterjemahan sebenarnya mempunyai potensi yang besar kerana bidang pertenjemahan ini amat penting bagi sesebuah negara terutamanya negara yang membangun seperti Malaysia.

“Penterjemahan ini punya potensi besar namun masih kurang pemain di Malaysia yang berada dalam lapangan penterjemahan,” kata Penterjemah, Puan Juneta kepada wartawan PTS.com.

Bagi beliau penterjemah yang baik harus mengenalpasti peranan bahasa dalam membina tamadun dan memandaikan bangsa.

“Jangan fikir duit. Bila menghasilkan penterjemahan perlu disusuli dengan wawasan. Golongan muda harus difahamkan dengan bahasa,” kata beliau lagi.

Menurut Puan Juneta, apabila seseorang penterjemah itu mengenali peranan bahasa maka mereka akan terdorong dengan sendirinya untuk menterjemah dengan baik.

Bagi beliau, penterjemahan belum lagi menjadi budaya di kalangan masyarakat di Malaysia.  

“Mungkin kerana penterjemahan ini belum lagi dibudayakan dalam rakyat Malaysia,” jelas beliau.

Puan Juneta berpendapat golongan muda harus mengenalpasti arah bahasa yang dipelajari dan dengan cara itu mereka dapat membina nilai ekonomi melalui bahasa tersebut.




Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024