Artikel

The Accidental Detective 2 Angkat Isu Pemerdagangan Manusia

oleh Asri Yussof pada 14 Jul 2018

Sekali pandang kepada poster dan trailer, filem korea ini- The Accidential Detective 2 hanyalah sebuah kisah penyiasatan komedi. Tetapi disebalik itu, sebenarnya filem ini bawa sebuah tema berat- Pemerdagangan manusia.

Kejadian penculikan dan mencuri anggota badan manusia, dan menjual di pasaran gelap adalah kes jenayah besar tetapi terpencil, oleh sebab ia berlaku di dalam pasaran gelap. Susah untuk dijejaki. ia tidak hanya berlaku kepada anak-anak kecil sahaja- malah bagi golongan dewasa juga.

The Accidental Detective 2 menambah seorang lagi watak utama, Lee Kwang-Soo sebagai pakai siber. Watak Lee Kwang-Soo sangat menambahkan lagi humor dan gelak ketawa di dalam filem ini. Gayanya bersahaja seperti yang sering kita menontonnya di rancangan Running Man.

Lee Kwang Soo

Kwon Sang-Woo dan Sung Dong-il kekal sebagai watak utama- dua detaktif- yang menjadi tiang penceritaan filem ini. Seorang menjual kedai komiknya dan Sung Dong-il mengambil cuti tanpa gaji sebagai pengawai polis atasan- semata-mata untuk membuka syarikat penyiasatan persendirian. Dan mereka berjaya!

The Accidental Detective 2

1 Jam pertama filem ini sediit perlahan. 1 jam pertama saya tak boleh duduk diam dari melihat jam di tangan. Mungkin 1 jam pertama kita belum melihat aksi dan konflik cerita. Tetapi masuk ke jam seterusnya, saya jadi lupa kepada jam. Aksi, lawak dan plot sangat cool dan best. Kalau boleh dikritik, mungkin hanya pada 1 jam pertama itu sahaja.

Filem yang diterbitkan oleh TVN Movie selalunya memang tidak mengecewakan. Mereka sentiasa mempunyai cerita yang konkrit dan berfakta untuk dihidangkan kepada penonton. Dari skrip, plot cerita, gerak kamera dan editing, sangat bagus. Adakah kita boleh salahkan kepada bajet yang sedikit (yang menyebabkan filem-filem Malaysia tidak sebagus korea?).

Rate: 10/10

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024