Artikel
Tip Pemakaian Musim Sejuk di Luar Negara - I’m A Backpacker
oleh Abdullah pada 18 Dec 2017
Pastikan ketebalan yang cukup dan kalit air
2. Bubble JacketLebih ringan, namun perlukan lapisan pakaian bahagian dalam yang sesuai
3. Long JohnSangat perlu. Sekiranya rasa mahal, boleh gantikan dengan seluar yang ketat seperti ‘tight’ dan baju atau tshirt lengan panjang yang sendat
4. Seluar/ skirtSeeloknya pakailah jeans kerana ia tebal dan lasak. Sekiranya memakai skirt atau jubah, maka perlu pakai jeans di bahagian dalam.
5. StokingWajib pakai. Seeloknya stokin yang diperbuat daripada bulu binatang (wool) kerana lebih sedap dan selesa. Sekiranya jenis kapas (cotton), ia tidak cukup tebal.
6. Winter BootWajib juga. Jangan pakai sneakers atau kasaut daripada jenis kain yang mudah meresapi air. Sekiranya air masuk, kaki akan sejuk dan kebas.
7. Sarung tanganSebolehnya cari sarung tangan bertutup penuh daripada jenis kulit ataupun kalis air. Sekiranya daripada jenis kain yang nipis, jari kita akan mudah sejuk dan kebas.
8. Skaf/ MufflerPenting bagi menutup kawasan leher dan dada. Memang sangat selesa ketika memakainya kerana kulit leher yang nipis, mudah sejuk sekiranya tidak ditutup.
9. Topi/ Snow capBagi yang kurang rambut, digalakkan memakai topi atau snow cap. Namun snow cap lebih praktikal kerana ia boleh ditarik ke bawah bagi menutup telinga.
10. EarmuffsSekiranya tidak mahu rasa ‘hilang telingan’ akibat kebas. Kena pakai ear muff. Untuk yang sudah pakai snowcap, tidak perlu lagi memakai ini. Boleh juga pakai headphones bagi menggantikan ear muff, dapat juga layan muzik.
11. LosyenPenting bagi mengelakkan kulit kering, merekah dan gatal-gatal
12. Lip balmSangat penting bagi mengelakkan bibir basah, merekah dan pecah yang boleh membawa pedih. Orang lelaki pun perlu pakai juga. Jangan main-main.
Sumber: Dipetik dari buku I'm A Backpacker Germany tulisan Khairul Abdullah