Artikel
7 Maklumat Penting Dalam Resume Yang Wajib Anda Tahu
oleh Abdullah pada 18 Dec 2017
Resume kita harus disediakan dengan penuh berhati-hati, umpama seorang peguam menyediakan dokumen sebelum membawanya ke mahkamah bagi dibicarakan.
Minta nasihat daripada seseorang yang pakar cara menulis resume. Kecuali sekiranya kita sendiri adalah seorang pakar. Pegawai sesebuah organisasi akan mengambil calon yang faham seni dan psikologi memasarkan diri.
Mereka pasti akan memilih calon yang bakal mewakili syarikat. Seterusnya, calon itu pula akan melakukan perkara yang sama di hadapan pelanggan penting syarikat.
Maklumat-maklumat berikut harus dimasukkan ke dalam resume:
1. PendidikanTulis dengan ringkas dan kemas nama sekolah atau universiti yang pernah dihadiri. Nyatakan juga pengkhususan dan mengapa pengkhususan tersebut dipilih.
2. PengalamanSekiranya kita mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon, terangkan dengan jelas nama dan alamat majikan ketika itu. Bersedia untuk menerangkan secara lisan pengalaman tersebut dan mengapa ia berguna bagi jawatan yang dipohon.
3. RujukanHampir setiap organisasi ingin mengetahui setiap dokumen yang dijadikan rujukan. Ini termasuk pengalaman yang kita miliki. Bersedoa dengan nama dan alamat pegawai yang dapat memberi pengesahan mengenai kesahihan dokumen atau pengalaman kita itu.
Maklumat tersebut termasuklah:
-
Nama majikan
-
Guru pensyarah yang mengajar kita
-
Tokoh atau kenalan yang dapat memberi pengesahan mengenai diri kita.
Elakkan diri daripada memohon jawatan yang kita sendiri tidak ketahui. Lebih-lebih lagi memohon sebarang jawatan. Keadaan ini menunjukkan kita tidak mengetahui kemahiran yang ada. Malah mungkin tiada langsung sebarang kemahiran khusus.
MENARIK: Bagaimana Budak 17 Tahun Mengasaskan Ikea dan Kini Mahu Membuka Pembelian Online di Malaysia
5. KelayakanNyatakan kelayakan khusus bagi jawatan yang dipohon. Nyatakan dengan penuh yakin mengapa kita sesuai bagi jawatan itu. Ini adalah perincian yang paling penting dalam permohonan kita. Ia menentukan bentuk pertimbangan yang bakal diberi oleh calon majikan kepada diri kita.
6. Tawarkan tempoh percubaanTawarkan diri kita bekerja selama seminggu atau sebulan tanpa gaji. Langkah ini mungkin dianggap radikal, tetapi melalui pengalaman ia selalu memberi kesan yang positif.
Sekiranya kita yakin dengan kelayakan yang dimiliki, tempoh percubaan itu akan menjadi peluang bagi menunjukkan bukti. Secara tidak langsung, ia memaparkan sikap kesungguhan serta keyakinan dalaman.
MENARIK: Daripada Conteng-Conteng Biasa Akhirnya Terbit Menjadi Sebuah Komik
Tawaran yang kita beri itu haruslah berdasarkan kepada:
-
Keyakinan kita mengisi jawatan yang dipohon
-
Keyakinan bakal majikan akan mengambil kita selepas tempoh percubaan
-
Kesungguhan kita hendak menjawat jawatan yang dipohon
Tidak perlu risau jika resume kita panjang. Para majikan mahu mengetahui semua perkara mengenai kita sebanyak mungkin. Seperti mereka memilih perkhidmatan terbaik daripada syarikat lain.
Kejayaan syarikat memilih calon terbaik menentukan kejayaan keseluruhan organisasi. Resume yang disusun dengan baik dan kemas menunjukkan kita seorang yang teliti.
Sebaik sahaja resume siap, cetak di atas kertas yang paling baik kita mampu dapatkan. Semak semula kesalahan ejaan dan tatabahasa. Jadikan setiap perkara di atas sebagai panduan.
Sumber: Dipetik dari buku Think and Grow Rich, tulisan Napoleon Hill