Artikel

Tiru Kejayaan Jack Ma, Jutawan yang Berjaya dengan Syarikat e-dagang Alibaba dari Asia

oleh Asri Yussof pada 31 Jul 2019

Jack Ma, pengasas laman sesawang e-dagang menjadi salah seorang usahawan yang paling dikagumi di pelosok dunia. Sudah ramai yang menulis tentang kejayaan beliau membangunkan syarikat Ali Baba sehingga menjadi sebuah syarikat yang berkembang maju.

Ketika zaman mudanya dalam linkungan 20-30 tahun, beliau pernah memohon lebih daripada 30 pekerjaan dan permohonan beliau ditolak oleh mereka semua. Kini, syarikat e-dagang yang dimajukan oleh pengasas yang sudah berusia 53 tahun ini sudah bernilai $519 bilion. Ini membuktikan kejayaan tidak mengenal umur.

Dalam siri percakapannya yang dicatat di dalam bukunya Never Give Up: Jack Ma in His Own Words - Edisi Bahasa Melayu, beliau pernah memberitahu:

“Apabila anda berumur 20 hingga 30 tahun, anda perlu mengikuti bos yang baik dan menyertai syarikat yang baik untuk belajar bagaimana melakukan perkara dengan betul,”

“Apabila anda berumur 30 hingga 40 tahun, jika anda mahu melakukan sesuatu dengan diri sendiri, lakukan saja. Anda masih mampu bangun kembali jika gagal,” katanya.

Daripada menyelam ke dalam bidang baru untuk mengembangkan kerjaya anda, beliau berkata, “Apabila anda berumur 40 hingga 50 tahun, cadangan saya ialah anda perlu melakukan perkara yang anda betul-betul pakar.”

“Apabila anda berumur 50 hingga 60 tahun, luangkan masa untuk melatih dan mengembangkan generasi muda, generasi akan datang,” katanya lagi, “Apabila anda berumur lebih 60 tahun, anda lebih baik tinggal bersama cucu anda.”

Infografik

Alibaba diisytiharkan platform e-dagang yang terbesar dan paling menguntungkan di dunia pada tahun 2016. Dengan nilai pasaran sebanyak $231 bilion, tidak ada syarikat yang boleh memecahkan rekod ini! Salah satu sebab utama yang menjadikan kejayaan luar biasa ini kerana dasar manfaat pekerja tidak rasmi di Alibaba.

Ekosistem, pengurusan syarikat adalah dua tunjang penting untuk mensasarkan kejayaan yang luar biasa di masa hadapan. Analoginya sangat mudah, apabila ekosistem bagus, pekerja akan bekerja yang hati yang senang dan akan melayan pelanggan dengan sangat baik. Pelanggan tidak akan lari untuk mencari perkhidmatan yang sama daripada syarikat lain.

“Tidak kira betapa pintar anda, anda akan menghadapi kesilapan,” kata Jack Ma. “Anda belajar daripada kesilapan bukan kerana anda akan dapat mengelakkan kesilapan apabila kesilapan-kesilapan ini datang, tetapi apabila kesulitan ini datang, anda belajar bagaimana untuk mengatasinya, bagaimana untuk menghadapinya.”

Cerita-cerita kejayaan tentang syarikat gergasi dari Asia ini anda boleh membacanya dalam Alibaba’s World. Ditulis oleh Porter Erisman, bekas timbalan presiden Alibaba Group.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024