Tokoh-tokoh Wanita Sepanjang Zaman: 10 Tokoh Idola Muslimah (Edisi Kemas Kini)

oleh Amirah pada 06 Feb 2015

10_tokoh_idola_muslimah-_blog

Wanita sering dikaitkan dengan perkara-perkara yang lembut, cantik, dan lain-lain yang bersifat minimal. Peredaran zaman menjadikan konotasi perkataan ‘wanita’ itu sedikit berbeza mengikut fahaman individu.

Ada satu sudut di dunia yang mengangkat darjat wanita dan di sudut lain dunia, wanita berada di posisi yang amat menyedihkan kerana kebejatan akhlak masyarakatnya.

Penulis membawa kita menelusuri sejarah tokoh-tokoh muslimah zaman silam yang di hati mereka hanya ada Allah dan Rasul. Keperibadian setiap tokoh dikaitkan dengan isu-isu kehidupan yang dapat memberi pengajaran kepada pembaca.

Buku ini memberi semangat kepada kita untuk berkata ‘tidak’ pada rasa putus asa, gagal, sedih, dan segala macam perkara negatif. Ia dapat menambahkan kekuatan iman kita dengan meletakkan kebergantungan kepada Allah sahaja.

Lebih daripada itu, perasaan ‘aku mahu jadi seperti dia’ akan menular ke dalam hati. Secara automatik kita akan melupakan idola-idola tidak syarii di luar sana.

Karya ini khas buat muslimah yang mendambakan syurga Ilahi serta ingin menjadi kesayangan Allah Azzawajalla dan seluruh manusia.