Artikel

Travel Photography: Abadi kenangan dengan tip yang mudah.

oleh Cik Nairusnizi (Pelajar Praktikal PTS NetMedia) pada 12 Mar 2012

Fotografi didefinisikan sebagai proses rakaman cahaya yang dapat menghasilkan gambar atau foto. Kualiti sesuatu gambar itu bergantung pada ketelitian dan teknik bagaimana seseorang memilih cahaya yang baik sewaktu mengambilnya.

 Bagi pelancong-pelancong yang suka mengembara semestinya mengambil gambar adalah perkara yang wajib. Untuk dijadikan kenangan yang terindah dan koleksi untuk tatapan sekeluarga. Tanpa mengetahui teknik-teknik mengambil gambar dengan betul, ia akan membantutkan dan mencacatkan gambar. Menjadi satu kemestian apabila keluar berjalan mereka tidak pernah lupa membawa kamera yang sarat dengan pelbagai aksesori.

Dewasa ini, kita dapat lihat lambakan buku berkaitan dengan fotografi yang dijadikan rujukan dan sumber. Semuanya adalah bagi memantapkan dan membiasakan diri dengan dunia fotografi. Informasi dan maklumat berkaitan fotografi ini juga boleh didapati di laman web seperti internet, Facebook, blog dan sebagainya. Semuanya berada di hujung jari.

Selain itu juga, terdapat pelbagai bentuk posisi dan sudut bagi mendapatkan gambar yang menarik. Antaranya mengambil gambar di waktu pagi kerana pemandangannya yang masih segar dan nyaman. Begitu juga, merakam foto landskap pada waktu menjelang senja yang mempunyai keaslian cahaya keemasan. Waktu ini adalah peluang terbaik bagi menghasilkan foto-foto silhouette. Jurugambar perlu kreatif dan mempunyai kelebihan mencipta dalam mempelbagaikan bentuk yang subjektif apabila mengambil gambar.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan buku Travel Photography di PTS NetMedia. Terdapat pelbagai info dan input berguna bagi mengupas dunia fotografi. Antara kandungan yang terdapat dalam buku ini adalah bagaimana mendapatkan hasil foto seperti yang diinginkan. Penerangan bermula daripada persiapan perjalanan, menyediakan peralatan, tips menyunting foto dan sebagainya. Semestinya berjalan-jalan sambil merakam foto adalah pengalaman yang menyeronokkan! Segala persoalan anda pasti terjawab. Segalanya ada di sini. Klik!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024