Artikel

TV9 Jayakan Rakaman Baca@Ramadan di PTS

oleh Roziyah pada 06 Jul 2010

PTS baru-baru ini telah menerima kedatangan pengacara rancangan Mari Mengaji TV9, Ustaz Zamri Hj. Mohd Zainuldin, bintang Idola kecil 2, Adik Aril serta kru dari tv9 bagi menjayakan rakaman Baca @Ramadan.

Rakaman yang diadakan di dewan pameran Bookcafe dalam banggunan ibu pejabat PTS itu meriah dengan gandingan Aril dari Idola Kecil 2 yang berinteraksi dengan Ustaz Zamri secara bersahaja dan bertanya soalan berkaitan puasa, amalan sunat semasa puasa, perkara membatalkan puasa, berbuka puasa, sembahyang tarawikh serta anak bulan Ramadan.

Rancangan berbentuk majalah TV dan slot kanak-kanak ini akan disiarkan pada bulan Ramadan ini.

Buku-buku pts seperti Diari Ramadan, Adab Ramadan, Hidangan Mudah, Cepat & Enak: Bersahur dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak: Berbuka Puasa turut disiarkan dalam rancangan itu.

Ustaz Zamri yang juga Perunding Motivasi bagi syarikat Mantop Training & Consultancy Sdn Bhd serasi meneraju rancangan kanak-kanak. Beliau sering memeriahkan suasana dengan lawak bersahaja dan membantu rakaman bercorak santai serta memberi maklumat kepada penonton.

PTS mengajak semua seisi keluarga sama-sama menonton rancangan yang bakal ditayangkan pada Ramadan ini.

Pengacara rancangan, Ustaz Zamri memaklumkan kerjasama yang penuh telah diterima semasa sesi rakaman itu.

"Saya teruja dengan inisiatif PTS yang menerbitkan pelbagai buku sempena menyambut Ramadan. Usaha ini pasti mendapat sambutan menggalakkan pembaca," ujar beliau mendoakan kejayaan kempen Baca @Ramadan kali ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025