Artikel

UK Sebuah Negara Islam? Ini Pandangan Dr. Nik Salida Selepas Tinggal Di Sana Untuk Menyiapkan PhD

oleh Abdullah pada 15 Feb 2017

Apa yang sering dipersebutkan kepada kita mengenai negara Islam adalah dengan melaksanakan sistem perundangan Islam. Sering kali kita terlupa yang lebih utama daripada itu dari sudut pandang seorang rakyat adalah untuk memberi makan kepada keluarga dan diri sendiri.

Dr. Nik Salida

Dr. Nik Salida berkongsi pengalaman beliau menyiapkan PhD di United Kingdom (UK) di dalam buku terbarunya PhD Mama. Artikel ini disalin dari salah satu bab yang terdapat di dalam buku tersebut.

phd Mama

Klik di sini untuk membeli buku ini

Untuk tujuan welfare state, Gaji para penjawat awam di sana tidak dibayar penuh. Antara 20% hingga 40% daripada gaji mereka akan dikenakan cukai. Contohnya gaji 1000 GBP, kerajaan akan ambil 200 GBP sebagai cukai dan hanya 800 GBP yang mereka terima

Semakin kaya orang itu, semakin banyak pula cukai yang dikenakan

Bagi orang miskin pula yang berada pada paras gaji minimum, pendapatan mereka tidak akan dipotong. Walaupun gaji tidak dipotong, orang berpendapatan minimum ini tetap dapat menggunakan banyak kemudahan percuma di sana. Ia seperti sistem wakaf dan zakaf dalam dunia islam.

Walaupun UK ada GST dan nilainya tinggi, tetapi barang-barang asasnya tidak dikenakan GST, dan juga sangat murah.

Contohnya, gandum 1.5 kilogram hanya berharga 30 pence bersamaan RM1.50. Jadi, walau miskin macam mama pun keluarga itu, mereka tetap boleh makan.

Susu segar juga termasuk dalam barangan asas. Susu 2 botol besar di UK, hanya berharga 1.50 pound sterling. Sedangan di Malaysia ia berharga RM 12.00.

Susu segar tadi akan dihantar setiap hari di hadapan pintu rumah penduduk. Jadi, boleh dikatakan kami tidak minum sangat air masak. Minum susu terus.

Anak-anak saya pula balik Malaysia sahaja, terus mahu kekalkan cara hidup begitu, minum susu segar. Apabila sampai ke tempat beli-belah, lihat harganya, anak saya kata, “Mahalnya.”

UK

Orang yang paling beruntung di UK, mungkin pelajar seperti saya. Gaji saya tidak dipotong, elaun saya tidak dipotong, dan saya layak menikmati banyak kemudahan percuma di sana. Jadi apabila ada orang kata kos sara hidup di UK sangat tinggi, ia antara betul dan salah.

MENARIK: 5 Perkara yang dilakukan oleh Dr. Nik Salida sehingga beliau berjaya menyiapkan PhD di UK

Untuk sesetengah barang memang harganya mahal, tetapi banyak lagi barang berharga murah seperti bahan-bahan asas seperti gula, gandum, roti, ikan, makanan dalam tin dan seumpamanya.

Malah beras pun dikira sebagai bahan asas kerana dikira makanan asasi orang Arab dan Pakistan. Walaupun kita tukar kepada mata wang Malaysia sekalipun, harga barang di UK tetap lebih murah berbanding harga di Malaysia. Apatah lagi sekiranya memang guna nilai pound sterling.

Selama tiga tahun di sana, saya hanya makan beras Basmati. 10 kilogram hanya RM50 sekiranya ditukar kepada ringgit Malaysia. Beras Basmati seperti yang diketahui kurang kanji dan membuatkan kita cepat kenyang. Sampai satu tahap, saya sudah rasa janggal untuk makan beras yang lembik-lembik.

Sebagai orang Kelantan pula, budu memang tidak boleh jauh daripada saya. Mujur di UK ada banyak tempat menjual budu. Cuma rasanya sedikit berbeza. Saya beli budu sana dan proses kembali. Tembahkan gula dan serai supaya jadi seperti budu di Malaysia. Akhirnya memang sedap juga hasilnya.

big bang

UK adalah welfare state atau Negara Kebajikan. Itu antara sebab mereka menawarkan banyak perkara percuma kepada rakyatnya. Itu memang perkara yang menjadi idaman setiap rakyat di Malaysia. Tetapi untuk memenuhi tujuan welfare state, mereka memerlukan sumber ekonomi yang mantap. Perkara ini yang ramai rakyat Malaysia terlepas pandang.

*Dr. Nik Salida bertugas sebagai Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau juga adalah Timbalan Pengarah, Pusat Permata Insan USIM, serta Ketua Kluster dan Felo Penyelidik  INFAD.

Anda mempunyai artikel yang menarik? email ke [email protected]

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024