Artikel

12 Februari 2017, 68 Tahun As-Syahid Imam Hassan Al-Banna Meninggalkan Kita

oleh Asri Yussof pada 14 Feb 2017

Apabila kita mencari orang-orang yang telah membuat tajdid dan reformis, Hassan Al-Banna adalah salah seorang tokoh yang boleh kita kagumi. Gerak kerja tajdidnya di Mesir sekitar tahun 1930-1940 telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada seluruh umat Islam.

Tokoh reformis ini membuat tajdid melalui gerakan Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan beliau dan teman-teman pada tahun 1928. Ketika itu beliau baru sahaja berusia 23 tahun. Umur yang masih mudah tetapi mempunyai pemikiran yang sangat tajam dan semangat yang berani.

buku hassan

Klik di sini untuk membeli

Tak hanya dalam kegiatan dakwah dan pembaikan dalam segenap lapisan masyarakat, gerakan Ikhwan Muslimin yang diasaskan beliau ini juga melibatkan diri dalam kegiatan politik dan pilihanraya. Mereka menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.

Pada tahun 1948, Ikhwan Muslimin diharamkan di Mesir oleh regim pemerintah yang diketuai oleh al-Nukrasa Basa pada ketika itu. Gerakan Ikhwan dituduh mencuba untuk melakukan pemberontakan dan menggulingkan kerajaan yang sedia ada.

banna

(Gambar) Penyokong Hamas membawa potret pengasas Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al-Banna semasa perhimpunan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhan Hamas pada 14 Disember 2012 di bandar Tebing Barat Tulkarem.

Tentu sahaja ini adalah alasan semata-mata untuk mengurangkan pengaruh gerakan Ikhwan di Mesir pada ketika itu yang sudah mengumpulkan ahli yang ramai. Kedua untuk melemahkan gerakan Islam selepas kejatuhan kerajaan Khalifah di Turki dan ketiga mengenai perebutan kuasa politik.

Perjalanan gerakan Ikhwan Muslimin yang dipimpim oleh Hassan Al-Banna selama 20 tahun menjadi perhatian di seluruh dunia. 12 Februari 1949 beliau dibunuh (ditembak) ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin di Mesir.

setiausaha

(Gambar) Fareed Abd Al Khaleq, 97, adalah setiausaha peribadi kepada Hassan Al Banna

12 Februari 2017 genap 68 tahun pemergian As-Syahid Imam Hassan Al-Banna meninggalkan kita. Cukupkah sekadar apabila tiba tarikh 12 februari kita mengembalikan romantisme terhadap beliau tanpa menyambung gerak kerja beliau yang sudah menginspirasi ramai orang?

buku hassan al-banna

Klik di sini untuk membeli 

Menyambung gerak kerja beliau tidak bermaksud harus ke Mesir dan menyertai gerakan Ikhwan. Lebih besar dari itu adalah melakukan pembaikan dalam masyarakat.

Peninggalannya begitu besar dan beerti dalam kehidupan kita hari ini agar menjadi seorang manusia yang bersifat tajdid dan membuat reformasi dalam masyarakat. Melawan pemerintahan korupsi dan membuat amal kebajikan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020