Artikel

Ustaz Superstar Hasil Buku Bersama PTS

oleh Roziyah pada 12 Sep 2011

Namanya bukanlah asing dalam dunia dakwah dan ceramah tempatan. Setiap ceramah yang diberikan pasti diselangi telatah lucu yang menghiburkan penonton.

Ustaz Azhar Idrus kita sudah terkenal di kalangan remaja-remaja sekolah, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta peminat ceramah agama.

Beliau kini melangkah dalam bidang penulisan dengan menghasilkan buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa.

Buku yang masih panas dipasaran ini menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan terdapat juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran.

Soalan yang dikumpulkan dalam buku ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Jawapan yang jelas dan padat dipaparkan supaya pembaca jelas mengenai persoalan-persoalan yang selama ini bermain di minda mereka.

Dapatkan buku terbaru dan terkini tulisan penceramah terkemuka ini di kedai-kedai buku berdekatan tuan dan puan. Selain itu buku-buku PTS juga diperolehi di rangkaian pasaraya Tesco, Carrefour dan Mydin. Layari bookcafe.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut buku-buku terkini PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025