Artikel

Superstar Youtube Gabung Kreativiti Hasil Video Promosi PTS

oleh Roziyah pada 09 Sep 2011

Semakin hari semakin ramai selebriti yang muncul dan meningkat naik namanya hanya melalui youtube. Menyedari kekuatan pengaruh youtube kepada pengguna internet di Malaysia, PTS mengorak langkah dengan menghasilkan lebih banyak video menarik bagi mempromosikan buku dan penulis PTS.

PTS Marketing membawakan pelbagai video menarik khas buat pengunjung setia pts.com.my. Pelbagai video menarik disediakan termasuklah video animasi, iklan buku serta video motivasi daripada selebriti TV dan juga penulis PTS sendiri.

Lebih menarik dan menghiburkan, PTS juga bergabung idea dan kreativiti bersama artis youtube yang sudah mencipta nama melalui youtube seperti AmanWan dan Aliff Firdaus Azis. Ramai lagi superstar youtube jemputan yang akan memeriahkan video-video terkini PTS.

Layari www.pts.com.my/video bagi menonton video-video menarik yang lucu dan menghiburkan dari semasa ke semasa.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025