Artikel
Van Pink PTS
oleh Helmi pada 04 Nov 2009
Inilah rupa 'Van Pink PTS'. Van Nissan Urvan baru ini PTS beli khas untuk projek masuk sekolah bagi mempromosikan buku kanak-kanak dan remaja PTS.
Puan Ain Maisarah, penulis buku remaja bestseller PTS akan menjadi Duta PTS pertama menggunakan van ini untuk masuk ke sekolah-sekolah bermula Januari hingga Jun 2010.
Sesuai dengan identiti dan imej Ain Maisarah yang terkenal dengan warna pink, maka van ini dicat khas dengan warna pink.
Van ini nanti akan mengangkut buku-buku remaja PTS, bahan promosi dan buku hasil tulisan Ain Maisarah sendiri.
Badan van ini masih kosong lagi. Tuan Hisham Salmin, pengarah seni di Jabatan Pemasaran PTS sedang menghasilkan desain sticker promosi bagi dilekatkan pada badan van itu nanti.
Buat masa sekarang, van itu digunakan bagi menghantar buku-buku yang dipesan oleh pelanggan dan juga pengedar buku PTS ke destinasi sekitar Kuala Lumpur.