Artikel

Bahagian Editorial PTS Pindah ke Batu Caves Disember 2009

oleh Helmi pada 02 Nov 2009

 

Bahagian editorial PTS dijangka akan mula beroperasi di premis baru yang terletak di Batu Caves pada 1 Disember 2009 nanti. 

Premis baru yang dibeli oleh PTS ini terletak betul-betul di bangunan belakang pejabat PTS sedia ada di Batu Caves yang sekarang ini menempatkan gudang buku, pejabat pentadbiran, jualan dan pemasaran PTS.

       

Alamat premis ini ialah No.11, Jalan DBP 3, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor.  

Kontraktor yang dilantik oleh PTS sedang giat menjalankan kerja ubahsuai premis baru ini. 

Apabila siap diubahsuai nanti, premis ini akan menempatkan jabatan editorial PTS di tingkat 1 dan 2. Manakala tingkat paling bawah akan dijadikan sebahagian daripada gudang menyimpan buku PTS. 

Dengan berpindahnya bahagian editorial ke Batu Caves pada Disember ini nanti, PTS akan beroperasi sepenuhnya di bawah satu bumbung iaitu di Batu Caves. Secara tidak langsung, ia dapat melicinkan lagi operasi harian PTS.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024