Artikel
Wakaf Buku Buka Ruang Perkembangan Minda Anak-anak Memerlukan
oleh Roziyah pada 30 Aug 2010
Jika selama ini anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan menerima barangan keperluan harian daripada penderma namun dengan adanya wakaf buku yang dianjurkan PTS membuka ruang perkembangan minda berterusan kepada anak-anak yang memerlukan.
Tuan Jusangbolong yang menjadi salah seorang pembeli set wakaf dari PTS berkata, inisiatif PTS menganjurkan program wakaf buku ini mampu menjadi jariah berterusan kepada anak-anak yang memerlukan.
"Memandangkan dasar pts yang islamik dan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi(BMT) jadi saya tidak ragu-ragu mewakafkan buku kepada anak-anak yang memerlukan ilmu bagi diamalkan dalam hidpu mereka,"jelas Tuan Jusangbolong lagi.
Beliau juga gembira apabila PTS menyediakan wakaf buku PTS 2010 ini.
"Lebih mudah apabila PTS membantu kita menghantar buku yang ingin diwakafkan. Selain itu harga yang disediakan juga berpatutan dan set buku yang disediakan menarik," kata beliau.
Beliau yang juga pensyarah di Universiti Putra Malaysia(UPM) berharap program wakaf buku ini diteruskan dari semasa ke semasa bagi menjana perkembangan minda anak-anak yatim. Program buku wakaf ini juga kata beliau dapat membanti masyarakat membuat amal jariah kepada mereka yang memerlukan.
"Saya juga pernah melawat rumah anak-anak yatim. Mereka jelas kekurangan bahan bacaan bagi bacaan harian. Program buku wakaf ini menggalakkan anak-anak yatim dekat dengan buku dan memberi peluang kepada mereka membaca dan terus membaca,"jelas beliau lagi.
Beliau yang datang sendiri ke pejabat urusan PTS membeli 4 set wakaf buku PTS dan diwakafkan di Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang.
"Bagi pendapat saya ramai antara masyarakat yang ingin mewakafkan buku namun tidak tahu saluran. Mungkin PTS perlu memperluaskan promosi ini agar masyarat umum mengetahui wakaf buku yang diadakan ini," ujar Tuan Jusangbolong.
Beliau juga berharap usaha PTS ini diteruskan bagi membangunkan pribadi anak-anak yang kurang berkemampuan demi masa depan mereka.