Artikel
Editor dan Pelukis Komik-M Muncul di KLFM dan Saluran Muzik
oleh Roziyah pada 30 Aug 2010
Sempena hari kemerdekaan yang bakal menemui kita sehari sahaja lagi, editor dan juga pelukis Komik-M keluaran PTS bakal menemui peminat komik serta buku-buku PTS di KLFM dan Saluran Muzik Aktif Aktif 180 di Astro.
Editor Komik-M, Tuan Alif Firdaus Azis akan mempromosikan buku-buku keluaran PTS secara langsung menerusi KLFM di saluran 97.2FM serta Saluran Muzik Aktif di siaran 180 Astro.
Program siaran langsung yang bermula dari jam 9.10 pagi hingga 10.10 pagi ini bakal membicarakan mengenai kemerdekaan daripada pandangan penulis dan pelukis.
Tuan dan puan juga akan dihidangkan dengan pendapat mengenai erti kemerdekaan yang disampaikan melalui dunia lukisan.
Jangan lupa saksikan program siaran langsung bersama Tuan Alif Firdaus Azis yang bakal memberi informasi berguna mengenai dunia pelukis dan penulis.