Artikel
Warga PTS Jalani Pemeriksaan Kesihatan Bersama NKF
oleh Roziyah pada 09 Feb 2011
Warga PTS hari ini diberi peluang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma.
Pemeriksaan yang dijalankan oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) ini dijalankan kepada semua kakitangan PTS termasuklah ahli lembaga pengarah PTS sendiri.
Pemeriksaan ini melibatkan pemeriksaan tekanan darah, urinalisis, BMI, glukos dalam darah serta kolestrol dalam darah.
Selain itu, mereka juga menerima kaunseling dengan doktor terlatih bagi mengurangkan risiko penyakit diabetis, janting dan buah pinggang.