Buku

Deeper

oleh Roderick Gordon, Brian Williams

RM 35.00 / RM 38.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5783-13-5

Muka Surat:

Saiz:

Tarikh Terbit: 10 Jan 2011

Pengembaraan masih belum tamat untuk Will Burrows.

Dalam misi mencari ayah angkatnya, Will terus jatuh jauh ke dalam tanah. Dan keadaan menjadi semakin sukar apabila dia bertembung pula dengan rahsia rancangan Styx yang akan membawa implikasi buruk kepada dunia di atas.

Begitu juga dengan kisah seorang adik perempuan yang masih berdendam….  

Daripada bab 10…

Will dan Cal mengharungi habuk tebal dari pintu hadapan ke arah yang ditunjukkan oleh Chester. Memang benar katanya – hujung pintu itu telah dirosakkan, dan berdasarkan warna terang kayu yang pecah itu, ia baru dilakukan.

“Nampak macam baru,” kata Chester.

“Bukan kita yang melakukannya, betul?” tanya Will kepada Cal yang menjawab dengan gelengan kepala. “Jadi, kita perlu siasat rumah ini bagi memastikan tiada sesiapa,” katanya lagi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2022