Kehidupan berkisar tentang hubungan dan kualiti hubungan itu, sama ada hubungan dengan keluarga, pasangan, sahabat, rakan sekerja, ataupun yang paling penting, hubungan dengan diri sendiri. Sekiranya anda dapat memastikan hubungan itu berada dalam keadaan yang baik dan seimbang, maka cabaran lain yang hadir dalam kehidupan anda lebih mudah diatasi.
Dalam buku yang sensasi, praktikal dan santai ini, pakar psikoterapi Philippa Perry yang tersenarai sebagai penulis buku nombor satu terlaris Sunday Times, berkongsi cara menghadapi pelbagai masalah besar dalam kehidupan.
Bagaimanakah caranya menemukan rasa cinta dan mengekalkannya? Apakah yang anda boleh lakukan untuk menguruskan konflik dengan lebih baik? Bagaimanakah anda boleh melepaskan masa silam, menghadapi perubahan dan kehilangan? Apakah makna kebahagiaan bagi anda? Adakah orang lain sememangnya menjengkelkan ataupun anda yang bermasalah?
Perkongsian yang praktikal dan penuh kasih sayang oleh Philippa Perry ini boleh membantu anda menjadi individu yang lebih bahagia dan bijaksana.
Pengenalan
BAGAIMANA KITA MENYAYANGI
Membina Hubungan yang Kukuh dan Bermakna Dengan Orang Lain dan Diri Sendiri
Mengapa Kita Memerlukan Hubungan
Kadangkala Hubungan Terasa Sukar
Cara Kita Membentuk Ikatan
Dua Cara Berbeza untuk Bersahabat
Mitos Kesempurnaan
Takut akan Komitmen Seumur Hidup
Obsesi Bukan Cinta
Hubungan Suami Isteri Bukan Sekadar Hubungan Intim
Kuasa Menyerah
Mengekalkan Kesedaran Diri yang Kukuh
2. BAGAIMANA KITA BERTENGKAR
Mengatasi Konflik Dalam Kehidupan Peribadi dan Profesional
Pertengkaran #1: Berfikir, Merasai, Bertindak
Pertengkaran #2: Bukan Salah Saya, Tetapi Salah Dia
Pertengkaran #3: Si Baik Lawan Si Jahat
Pertengkaran #4: Fakta Lawan Perasaan
Pertengkaran #5: Segi Tiga Drama Karpman
Pertengkaran #6: Mengelak Konflik
Pertengkaran #7: Apabila Gerak Hati Menguasai Diri
Bersikap Tegas
Tamat dan Keluar
Hubungan yang Terlerai Bertaut Semula
3. BAGAIMANA KITA BERUBAH
Menempuhi Kehidupan Baharu, Sama Ada Baik atau Buruk