Buku

From Network To Net Worth

oleh Syamsul Amri A Razak

RM 30.00 / RM 33.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-629-493-087-2

Kod Bar: 9786294930872

Muka Surat: 192

Saiz (inci): 5.3 x 7.6

Saiz (cm): 19.5 x 13.5

Tarikh Terbit: 22 May 2025

BISAC: BUSINESS & ECONOMICS / Management / Decision-Making & Problem Solving / Leadership / Motivational (BUS041000) (BUS019000) (BUS071000) (BUS046000)

Setiap orang memiliki jaringan. Bagi seorang pemimpin, kemahiran membina dan menjaga jaringan kini menjadi bahasa masa hadapan. Bijak pandai ada berkata, “One who does not network does not work”. Ungkapan ini menekankan peri pentingnya memiliki jaringan sebagai satu aset yang kritikal dalam sesebuah organisasi.

Buku ini membantu pembaca mengetahui:

● Tip dan proses terlibat dalam mengalihkan kenalan sosial kepada jaringan bisnes.

● Cara meningkatkan reputasi dan kredibiliti dalam industri dengan menggunakan kuasa modal sosial.

● Cara modal masa perlu menjadi alat kerja utama dalam membina Peta Jaringan.

● Kaedah membangunkan Peta Jaringan bagi mengembangkan rangkaian dengan tujuan yang jelas serta mencipta peluang bekerjasama dan berkolaborasi.

● Peranan adab dalam mendepani cabaran menjaga jaringan dalam era digital.

● Kepentingan bagi seorang pemimpin menguasai Minda Penghubung.

Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman dan merujuk kepada sumber berwibawa, serta diambil daripada kisah ahli masyarakat dan mereka yang berjaya daripada pelbagai segmen kerjaya. Temu bual dengan tokoh dan pakar industri juga dimuatkan sebagai nilai tambah kepada buku ini.

Buku ini sangat baik dijadikan rujukan oleh sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kualiti kepemimpinan, sama ada untuk organisasi ataupun diri sendiri secara peribadi.

Selamat Membaca!

Prakata

Mukadimah

 
Bahagian 1: Kepemimpinan dan Jaringan: Apa Yang Utama?
Bab 1: Memberi Takrifan Kepemimpinan dan Jaringan
Bab 2: Bagaimana Sekiranya Pemimpin Tiada Jaringan?
Bab 3: Risiko Sebagai Seorang Ketua Organisasi
Bab 4: Kelebihan Seorang Ketua dengan Jaringan
 
Bahagian 2: Kemahiran Sosial dan Adab dalam Berorganisasi
Bab 5: Apakah yang Perlu Diketahui: Manusia yang Bermasyarakat?
Bab 6: Peradaban: Pandangan Sarjana
Bab 7: Ilmu Organisasi dan Gelagat Organisasi
Bab 8: Pasukan Sedia Ada dan Sumber
 
Bahagian 3: From Network to Net Worth: Mengalihkan Jaringan 
Bab 9: Di Mana Titik Peralihan?
Bab 10: Menjangka yang Tidak Dijangka
Bab 11: Risiko Tiada Jaringan dan dengan Jaringan
Bab 12: Apa yang Berbaloi? Titik Sukar yang Diurus
 
Bahagian 4: Membina Peta Jaringan sebagai Alat Kerja
Bab 13: Mengapa Perlunya Peta Jaringan? Punca Kuasa
Bab 14: Kenali Peta yang Berbeza
Bab 15: Ketua Tanpa Peta Jaringan: Bagaimana Perlu Diurus?
Bab 16: Pengalaman Peribadi Sebagai Peta Jaringan
 
Bahagian 5: Mengupayakan Jaringan: Naratif Baharu
Bab 17: Kepentingan Naratif: Naratif Lama?
Bab 18: Ketua dengan Minda Penghubung
Bab 19: Kisah-kisah Teladan Ketua dengan Jaringan Berkualiti
Bab 20: Masa Sebagai Alat Kerja yang Utama
Bab 21: Bagaimana Harus Saya Memulainya? FAQ

 

Bahagian 6: Temu Bual Bersama Tokoh dan Pakar Industri

Bahagian 7 (Bab Khas): Pemimpin Masa Hadapan dengan Minda Penghubung
Penutup
Rujukan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025