Apabila hatinya tenang, nescaya jiwanya akan besar. Tatkala jiwa seseorang itu berasa bahagia, yakinlah, hanya Dia Yang Memberi akan bahagia dan tenang itu.
Seni Tenang dan Berjeda ini adalah milik semua. Ia perlu dipelajari dan dikuasai. la suatu pemberian dari Yang Maha Berkuasa.
Seumpama seorang penyelidik yang baru menyiapkan makalahnya akan terus terdorong untuk mengkaji dengan lebih mendalam dari apa yang telah ditulis. Begitulah buat Penulis naskhah kecil ini. Rasa ingin terns mengenali dan mengkaji serta mempelajari pemikiran dan karya tokoh terbilang ini, Buya HAMKA.
Buku ini, meskipun mengupas dan mengulas seorang Sarjana tersohor, ingin disampaikan buat bacaan umum. Sehingga ke saat sinopsis ini ditulis, seakan masih banyak yang perlu ditulis tentang HAMKA.
Membaca karyanya apatah lagi dibaca dengan jiwa yang tenang benar-benar menghidupkan jiwa itu. Pengalaman dan kesarjanaan beliau, teguran dan pesanannya, pemikiran dan perubahan yang diperkenalkan malar segar sehingga kini. Membaca buku-buku pengkaji Buya HAMKA termasuk tulisan anak-anak dan warisnya seakan membawa pembaca dekat kepada HAMKA. Ibaratnya, menelaah tulisan-tulisan yang membahagiakan.
Tentunya tidak adil apabila ulasan terhadap hanya tiga buku dipersembahkan di sini. Karya terpilih; Tasawuf Moden - Peribadi dan Falsafah Hidup mencukupi sebagai 'perkenalan awal' akan pemikiran halus mendalam beliau. Teruskan meneroka tulisan-tulisan HAMKA yang lain di luar sana.
Saidina Ali r.a pernah berkata, 'Be like the flower that gives its fragrance to even the hand that crushes it'. (Jadilah seperti bunga yang tetap mewangi meskipun kepada tangan yang merosakkannya). Berjeda seketika.
Moga naskhah ini menemui sidang pembaca berserta kefahaman dan ketenangan.