Berkali-kali Hasan Al-Banna berkata, “Jika kau ingin mencapai
kesempurnaan sembahlah Allah sahaja dan jauhkan daripada menyembah
benda-benda lain. Jika kau mencari kebenaran, maka kau dapati setiap
benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah.”
Bermula daripada tiada, Hasan Al-Banna membina Ikhwan Muslimin,
menjadi pergerakan Islam yang terus menjadi inspirasi kepada perjuangan
Islam di seluruh dunia.
Kisah beliau bukan kisah yang biasa. Menjadi anak kepada seorang tukang
kunci yang alim, mencorakkan hidupnya menjadi seorang pejuang. Yang
hidupnya hanya untuk Islam, dan akhirnya beliau syahid sebagai tokoh yang
pengaruhnya masih kuat sehingga sekarang.