Huyan tidak mempunyai mimpi yang besar. Huyan hanya mahu memastikan dia dapat meneruskan tanggungjawab menyara keluarganya dan menyekolahkan dua orang adiknya, selepas sang ayah ditimpa kemalangan. Daripada bergelar pelajar sekolah, Huyan menjadi penjual aiskrim dan keperluan hidup yang mendesak saban hari, memaksa Huyan terjerumus ke kancah penyeludupan beras di sempadan Thailand-Malaysia. Kematian tragik rakannya yang tergelincir dari bumbung kereta api ketika menyeludup, menyebabkan Huyan mulai memikirkan masa depan dirinya dan keluarganya. Mimpy yang selalu setia berkongsi kisah dan harapan mencadangkan agar Huyan mengusahakan kebun bunga. Siapakah Mimpy dalam hidup Huyan? Adakah cadangan mengusahakan kebun bunga itu diterima oleh Huyan? Inilah kisah remaja cekal dan bertanggungjawab yang mengajarkan kita erti sebuah kehidupan.
Bab 1: Pada Suatu Pagi
Bab 2: Permulaan Hidup yang Baru
Bab 3: Saudagar Muda
Bab 4: Impian Araya
Bab 5: Selamat Pagi, Cikgu!
Bab 6: Pasar Minggu
Bab 7: Kesilapan yang Menguntungkan
Bab 8: Teratai di Paya
Bab 9: Kekecewaan
Bab 10: Dunia yang Luas
Bab 11: Perjalanan yang Jauh
Bab 12: Buku yang Aneh
Bab 13: Malam Pertama di Perantauan
Bab 14: Kenalan Baru
Bab 15: Berita yang Mengejutkan
Bab 16: Erti Sebuah Persahabatan
Bab 17: Beg Kertas Berwarna Coklat
Bab 18: Di Tempat yang Tinggi dan Berbahaya
Bab 19: Cinta Berputik
Bab 20: Perarakan Kereta Berhias
Bab 21: Cabaran yang Mengerikan
Bab 22: Hidup yang Penuh Hikmah
Ben
Akan Terbit