Zaki adalah anak kepada seorang kiai yang mempunyai pesantren yang sederhana. Sejak kecil, Zaki sudah dijodohkan dengan Zulfa, anak kepada rakan ayah Zaki, yang juga seorang kiai pemilik pesantren lain. Pesantren milik ayah Zulfa adalah pesantren yang mewah. Perbincangan tentang perjodohan Zaki dan Zulfa dilakukan semasa mereka berdua masih berada dalam kandungan lagi. Sejak lahir sehinggalah usia kedua-duanya mencecah 22 tahun, Zaki dan Zulfa tidak pernah bersua muka. Menurut pandangan secara zahir, Zaki dan Zulfa adalah pasangan serasi. Namun, mereka sebenarnya memiliki personaliti yang jauh berbeza seperti langit dan bumi. Zaki hanyalah pemuda yang sederhana dan baik agamanya, manakala Zulfa sendiri meskipun seorang anak kiai, dia berkerjaya sebagai seorang model.
Zaki dan Zulfa saling menyukai, namun ujian datang bertimpa-timpa. Bahkan, Zaki hampir sahaja pasrah membiarkan Zulfa jatuh ke tangan lelaki lain. Konflik juga timbul antara kedua-dua orang tua mereka yang selama ini berhubungan baik umpama adik-beradik.
1. Di Taman Ini Aku Bersaksi
2. Ayat Itu Mengirimnya Ke Sini
3. Perkara yang Tertunda
4 Yang Kecewa
5. Surat Zulfa
6. Kepada Zulfa
7. Perlukah Kami Bersabar, Sedangkan Kiai Tidak?
8. Inikah Cinta?
9. Merebut Syurga dengan Jalan Cinta
10. Pesan Hafiz Shirazi
11. Mengapa Dihancurkan
12. Majlis Antara Dua Orang Kiai
13. Apabila Kamu Memberi Harta, Kamu Silap
14. Wahai Hati, Siapakah Aku Ini?
15. Kunjungan Orang Tersayang
16. Harga Diri
17. Nyanyian Selawat
18. Ya Allah, Pandanglah Daku
19. Serban Ayah